Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Shamsudin ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor, YB. Encik Mujibur Rahman Ishak pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang.

SIDANG DEWAN NEGERI: RAKITSTAY MERANCAKKAN SEKTOR PERLANCONGAN DOMESTIK

Oleh : Shazli Sufi Che Unik
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 25 OGOS 2021: Kewujudan rumah rakit atau ‘Rakitstay’ di dipersisiran sungai di negeri ini dilihat mampu merancakkan lagi sektor pelancongan terutamanya pelancongan domestik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, cadangan untuk mewujudkan rumah rakit dipersisir sungai adalah satu cadangan yang baik.

Katanya lagi, penggunaan jenama ‘Rakitstay’ masih lagi dalam penelitian oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang bertanggungjawab mengiktiraf kemudahan penginapan yang ditetapkan.

“Setakat ini belum ada apa apa persetujuan (mengenai penyediaan rumah rakit), akan tetapi ia merupakan satu cadangan yang baik kerana ia boleh dijadikan satu branding dan menjadi daya tarikan pelancong untuk satu-satu tempat.

“Konsep seumpama ini sudahpun dilaksanakan dibeberapa tempat seperti di Rompin yang terdapat lebih kurang 50 rakit dan chalet yang memberikan lebih pilihan buat pengunjung untuk merasai kelainan menginap di darat atau di atas air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor, YB. Encik Mujibur Rahman Ishak pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, sebanyak 19 rumah rakit dan 18 chalet yang terdapat di Sungai Pontian dan 31 rumah rakit dan 15 chalet di Sungai Rompin, selain itu terdapat juga dua hingga tiga restoran rakit di Taman Negara yang sudah pun beroperasi.

Dengan kewujudan “Rakitstay” ini pula akan memudahkan lagi segmentasi terhadap kepelbagaian pengalaman pelancongan yang boleh dipilih oleh para pelancong khususnya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download