Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain.

SIDANG DEWAN NEGERI: RM15.2 JUTA PERUNTUKAN UNTUK PERSATUAN DAN NGO

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim
 
KUANTAN, 24 OGOS 2021 : Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM15.2 juta kepada badan persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan bukan kerajaan di seluruh Pahang pada tahun 2018 hingga 2020.
 
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM432,750 telah diberikan pada tahun 2019.
 
“Pada tahun 2019 pula sebanyak RM6 juta telah diberikan kepada badan persatuan, NGO dan pertubuhan bukan kerajaan manakala RM8.73 juta pula pada tahun 2020,” katanya.
 
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, sini hari ini.
 
Beliau berkata, hanya program dan aktiviti berimpak positif dan memberi nilai tambah kepada sosial ekonomi masyarakat akan diberi keutamaan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download