Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman yang mencelah ketika sesi perbahasan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Semambu, YB Encik Lee Chean Chung (PKR).

SIDANG DEWAN NEGERI: PAHANG MASIH MENANTI BEKALAN VAKSIN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 24 OGOS 2021: Pada masa ini Negeri Pahang tidak mampu mencapai sasaran pemberian vaksin sebanyak 32,000 dos sehari berikutan bekalan vaksin yang diterima masih tidak mencukupi.

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman yang mencelah ketika sesi perbahasan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Semambu, YB Encik Lee Chean Chung (PKR).

Menurutnya, saranan untuk meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini adalah apa yang telah dan sedang giat dilakukan oleh Kerajaan Negeri terutamanya melibatkan kawasan padat penduduk serta luar bandar.

“Sekarang ini bukan soal pusat vaksinasi tidak beroperasi setiap hari bukan isu yang sebenar tetapi kita menerima kurang bekalan vaksin berbanding kawasan Lembah Klang.

“Sekarang ini secara purata kita mampu memberi suntikan sebanyak 18,000 hingga 20,000 dos vaksin sehari berbanding sasaran 32,000 yang diletakkan,” jelasnya.

Namun begitu katanya, baru-baru ini YAB Perdana Menteri mengumumkan telah berjaya beli enam juta dos vaksin dan pastinya ia dapat bantu segerakan vaksinasi di Negeri Pahang.

“Tiada masalah besar kecuali kelewatan ketibaan vaksin di peringkat pusat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download