Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang , YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Bilut, YB. Encik Lee Chin Chen pada pada sesi soal jawab Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan.

SIDANG DEWAN NEGERI: KERAJAAN PAHANG SUMBANGAN KOMPUTER RIBA KEPADA 1,100 PELAJAR

Oleh: Shazli Sufi Che Unik
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 24 OGOS 2021: Kerajaan Pahang telah meluluskan pemberian komputer riba kepada seramai 1,100 pelajar kurang berkemampuan di negeri ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang , YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, pelajar ini adalah terdiri daripada anak-anak penerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan anak-anak miskin B40.

“Daripada jumlah penerima itu, seramai 824 adalah anak-anak BKK JKM dan selebihnya iaitu seramai 276 adalah membabitkan anak-anak miskin B40. Jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM1.518 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Bilut, YB. Encik Lee Chin Chen pada pada sesi soal jawab Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan.

Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dibawah inisiatif CERDIK juga telah membekalkan peranti digital kepada murid B40 .

Beliau berkata, jumlah keseluruhan peranti yang diterima ialah 11,052 unit dengan melibatkan 130 buah sekolah bagi tahun 2021.

“Peranti ini merupakan sumbangan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan peranti disediakan merupakan pinjaman kepada penerima,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download