Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-14 hari ini.

KERAJAAN PAHANG DISERU BINA LEBIH BANYAK RUMAH RAKYAT PAHANG

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim & Mahathir Ali

KUANTAN, 23 OGOS 2021: Kerajaan Pahang diseru membina lebih banyak Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan di negeri ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda berpuas hati dengan keprihatinan Kerajaan Pahang dalam menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat.

“Saya berasa sukacita atas keprihatinan kerajaan saya mewujudkan program khusus, bagi membina rumah mampu milik di negeri ini, iaitu PR1MA Pahang dan Rumah Makmur.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.

“Saya dimaklumkan sehingga kini, kerajaan saya telah meluluskan 156 projek PR1MA Pahang, dengan jumlah hampir 40,000 unit rumah, sedang dan akan dibina. Begitu juga dengan 25 projek rumah makmur yang telah diluluskan, ianya akan memberi manfaat kepada 6,700 pemilik baharu nanti.

“Dengan harga hanya RM150,000 sebuah bagi rumah PR1MA dan RM80,000 sebuah bagi Rumah Makmur, ianya sudah pasti sangat membantu golongan B40, dan M40 untuk mempunyai sebuah kediaman kekal,” titah baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Baginda bertitah, dengan hasil Kerajaan Negeri yang positif, Rumah Rakyat Pahang sepatutnya dapat diberikan secara percuma kepada golongan sewajarnya.

“Sekiranya dahulu kita bergantung kepada projek PPRT melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, namun dengan hasil Kerajaan Negeri yang positif, kita kini dapat membina Rumah Rakyat Pahang, untuk diberikan kepada golongan yang sewajarnya secara percuma.

“Kepada pemaju yang melaksanakan projek perumahan tersebut, buatlah dengan sebaik mungkin. Jagalah kualiti, dan berikanlah jiwa dan hati, dalam pembangunan projek tersebut, agar ianya memberi manfaat yang sebaik mungkin kepada pemiliknya kelak,” titah baginda. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download