Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Tuan Haji Andansura Rabu menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang kepada penerima di Cherating.

PENGUSAHA CHALET SAMBUT BAIK CADANGAN BUKA SEKTOR PELANCONGAN

Oleh : Shazli Sufi Che Unik
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 21 OGOS 2021 : Pengusaha Chalet dan pusat peranginan di Cherating menyambut baik cadangan Kerajaan Pahang untuk membuka semula sektor pelancongan di negeri ini.

Pengusaha Chalet Tanjung Inn di Cherating , Encik Abdul Hayyum berkata, beliau sudah 30 tahun terlibat dengan industri perlancongan dan agak terkesan dengan keadaan pada masa kini akibat pandemik COVID-19.

“Justeru keputusan Kerajaan Pahang untuk membuka semula sektor pelancongan memberikan harapan dan sinar baru buat diri saya dan pekerja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan COVID-19 Kepada Pengusaha Chalet, Kedai Makan di Pantai Cherating di sini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Tuan Haji Andansura Rabu.

Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Tuan Haji Andansura Rabu menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang kepada penerima di Cherating.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang atas sumbangan Bantuan Prihatin Pahang kepada pengusaha Chalet yang membuktikan keprihatinan Kerajaan Pahang terhadap rakyat.

Menurut Pemilik Cherating Bay View Resort, Puan NorAzmawati Abdullah, beliau bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap syarat yang dikenakan dapat dipatuhi oleh semua pihak agar penularan wabak COVID-19 dapat dikawal dengan baik.

Beliau juga turut menzahirkan ucapan syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Pahang diatas sumbangan Bantuan Prihatin Pahang kepada pengusaha pusat peranginan sepertinya yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung ketika ini.

Bagi pemilik Pusat Anyaman Mengkuang Che Nor, beliau menyambut baik langkah berkenaan kerana ia dapat membantu perniagaan mereka yang agak terkesan akibat wabak COVID-19 ini.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang atas sumbangan yang diberikan dan menghargai keprihatinan Kerajaan Pahang terhadap golongan sepertinya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download