YAB MB PAHANG UCAP TAHNIAH KEPADA DATO’ SRI ISMAIL SABRI

KUANTAN, 20 OGOS 2021: YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah melantik beliau sebagai YAB Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang berkata, pelantikan itu merupakan satu kebanggaan kepada rakyat terutamanya di Pahang yang mana beliau ialah anak jati negeri ini dan Ahli Parlimen Bera.

“Dengan pelantikan ini diharapkan, semua pihak memberi kerjasama agar beliau dapat menjalankan tugas dan peranannya dengan berkesan.

“Lebih-lebih lagi sekarang dalam usaha menangani penularan wabak pandemik COVID-19 yang pada hari ini menempuh rekod baharu dengan lebih 23,000 kes positif,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download