Gambar hiasan

COVID-19: 643,645 INDIVIDU DI PAHANG TERIMA SUNTIKAN VAKSIN DOS PERTAMA

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 20 OGOS 2021: Sebanyak 643,645 individu atau 54.74 peratus telah menerima dos pertama suntikan vaksinasi COVID-19 di negeri ini setakat Selasa lepas daripada 1,175,800 individu berusia 18 tahun ke atas yang layak menerima suntikan vaksinasi.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, jumlah ini melibatkan semua 11 daerah dan juga satu pecahan kawasan iaitu Pulau Tioman.

“Daripada 12 kawasan yang disenaraikan, Pulau Tioman mencatatkan penerima suntikan tertinggi iaitu sebanyak 89.44 peratus (2,144 individu), diikuti Cameron Highlands sebanyak 79.89 peratus (25,086 individu).

“Seterusnya Lipis (58.64 peratus/ 40,699 individu), Bentong (57.92 peratus/ 55,139 individu), Jerantut (57.16 peratus/ 40,754 individu), Temerloh (56.64 peratus/ 73,525 individu), Kuantan (53.94 peratus/ 194,687 individu), Bera (53.53 peratus/ 41,703 individu), Pekan (53.37 peratus/ 45,414 individu), Raub (51.67 peratus/ 38,701 individu), Maran (51.10 peratus/ 45,888 individu), dan Rompin (45.51 peratus/ 39,915 individu),” katanya kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).

Menurut beliau lagi, negeri ini merekodkan sebanyak 403,638 individu atau 34.33 peratus bagi suntikan vaksinasi dos kedua atau lengkap dos dalam tempoh yang sama.

“Daerah tertinggi adalah Cameron Highlands iaitu 56.24 peratus (17,659 individu), dan terdapat dua daerah merekodkan peratusan di bawah 30 iaitu Rompin dengan 28.28 peratus penerima (25,481 individu), dan Raub dengan 29.49 peratus (22,086 individu).

“Bagi daerah lain, Temerloh merekodkan 39.63 peratus (51,440 individu), Kuantan 35.15 peratus (126,862 individu), Pekan 34.08 peratus (29,003 individu), Bentong 33.57 peratus (31,962 individu), Bera 32.90 peratus (25,629 individu), Maran 32.86 peratus (29,507 individu), Lipis 31.81 peratus (22,076 individu), dan Jerantut 30.76 peratus (21,933 individu),” katanya.

Beliau berkata setakat ini Negeri Pahang telah menerima sebanyak 1,075,905 jumlah vaksin daripada Kerajaan Persekutuan melibat tiga jenis vaksin iaitu Comirnaty (Pfizer), Coronavac (Sinovac), dan AstraZeneca.

“Secara keseluruhan kita menerima 614,940 vaksin Comirnaty; 448,520 vaksin Coronavac; dan 12,445 vaksin AstraZeneca setakat ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download