Oleh: Shazli Sufi Che Unik
KUANTAN, 19 OGOS 2021: Sudah lebih setahun tinggal di Rumah Rakyat Pahang, namun bagi seorang ibu tunggal beliau tidak pernah melupai jasa Kerajaan Pahang pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang memberikan rumah percuma ini.
Bagi Puan Zaharah Zainuddin, 40, rumah ini adalah hadiah paling bermaknya baginya terutamanya selepas 14 tahun terpaksa menumpang di rumah tinggalan arwah ayahnya bersama adik beradik yang lain.
Beliau menzahirkan rasa syukur kerana diberikan rumah rakyat Pahang mengakui berhadapan dengan keadaaan yang sukar dan kurang selesa kerana sebelum menerima RRP.
“Apabila adik beradik sudah mula berkeluarga ia menyukarkan lagi keadaan dan RRP memberikan peluang untuk tinggal bersama anak-anak sebagai sebuah keluarga dalam keadaan selesa,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di rumahnya di Kampung Tiram di sini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu ‘menghadiahkan’ saya sebuah rumah baharu, rumah ini akan memberi keselesaan kepada kami sekeluarga,” katanya.
Sementara itu, anak sulungnya, Wan Izaty Aina Wan Khairulnizar, 19, berkata, apabila mengetahui ibunya terpilih menerima bantuan RRP, beliau merasa bangga dan amat bersyukur.
“Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana bertungkus lumus memberikan bantuan kepada rakyat seperti saya dan ibu,” katanya. – PAHANGMEDIA