Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin menyampaikan BBP kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada pemandu pelancong dan pengusaha pusat penginapan di Chalet MamaPapa, di Janda Baik.

PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN DISARAN BERSEDIA DENGAN CARA PEMIKIRAN BAHARU

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 12 OGOS 2021 : Kerajaan Pahang meminta para pemain industri pelancongan supaya bersedia dengan cara pemikiran baharu dalam menerima kedatangan pelancong terutamanya dari segi kapasiti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ini berikutan akan berlakunya perubahan pada landskap pelancongan disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini.

“Semua pemain industri perlu bersedia. Ini penting, sebab itu kita datang ke sini (Janda Baik) untuk beritahu kepada semua pemain-pemain industri ini supaya (bersedia), tak akan lagi dapat sepertimana yang mereka buat dulu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada pemandu pelancong dan pengusaha pusat penginapan di Chalet MamaPapa, di Janda Baik.

Turut hadir, Pengurus Besar Tourism Pahang, YH. Encik Kamaruddin Ibrahim; Pegawai Tourism Malaysia Wilayah Timur, Encik Hafiz Hazin dan Pegawai Daerah Bentong, YH. Dato’ Mohd Zulkifli Hashim.

Beliau berkata, bagi memastikan sektor pelancongan di kawasan ini bersedia untuk dibuka kembali, sebanyak 2,946 dos kedua akan diberikan kepada penduduk di kawasan Janda Baik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin .

“Melihat pada program vaksinasi yang bermula hari ini, selama tiga hari, dan insyaAllah pada 31 Ogos 2021 ini seluruh Janda Baik ini akan mencapai herd immunity.

“Apabila kita capai herd immunity ini, maka kita boleh menerima pelancong dan dalam masa yang sama juga pelancong yang datang itu mestilah telah mendapat dua dos seperti yang telah ditetapkan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara).

“Kita akan vaksin 2,946 orang bagi dos kedua iaitu penduduk yang tinggal di Janda Baik ini seramai 1,600 orang, dan pekerja yang bekerja di Elektrosolar seramai 800 orang,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download