Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin ketika menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima di Temerloh hari ini.

KERAJAAN PAHANG TERUS PRIHATIN NASIB RAKYAT TERKESAN PANDEMIK COVID-19

Oleh : Shazli Sufi Che Unik
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 12 OGOS 2021 : Kerajaan Pahang terus prihatin terhadap nasib rakyat di negeri ini dengan menyediakan pelbagai bantuan untuk disalurkan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Ini termasuk Penyerahan Peruntukan Khas dan Bantuan Prihatin Pahang kepada Pengusaha serta Pekerja Kantin & Dewan Makan Asrama SMAN serta Inisiatif Pemberian Jubah kepada Pegawai Masjid dan Surau peringkat daerah Temerloh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin berkata, ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diluluskan oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19

“Terima kasih kepada YAB Menteri Besar dengan bantuan ini dan diharapkan dapat meringankan bebanan semasa pendemik COVID-19 ini,” katanya ketika program berkenaan hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sementara itu, seorang penerima, Haji Aminuddin Haji Abdul Hamid berkata, sumbangan jubah daripada YAB Menteri Besar Pahang ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam menyeragamkan jawatankuasa masjid yang terdiri daripada imam, bilal dan siak.

“Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang atas sumbangan tersebut dan ianya merupakan satu keperluan kepada pegawai masjid yang menunjukan keprihatinan YAB Menteri Besar Pahang kepada petugas masjid dan surau di Pahang khususnya,” katanya.

Bagi Encik Jalaluddin Mohammad, beliau berharap wabak COVID-19 ini segera hilang dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download