KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama adinda-adinda Tuanku mengamikan Doa pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1443 Hijrah Bersamaan 2021 Masihi secara maya di Istana Abdulaziz, Kuantan hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG TITAH RAKYAT KETEPIKAN SEMUA PERBEZAAN HADAPI PANDEMIK COVID-19

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim & Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 10 OGOS 2021: Rakyat dititah mengamalkan sikap bersatu padu dan saling tolong menolong dalam keadaan wabak pandemik COVID-19.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menghadapi wabak pandemik COVID-19 ini, semua pihak perlu bersatu memenangi perperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ini.

“Ini bukanlah masanya untuk kita merebut kuasa, ini bukanlah masanya untuk kita bersengketa, ini bukanlah masanya untuk kita banyak bicara tanpa berbuat apa-apa.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama adinda-adinda Tuanku berkenan berangkat hadir ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1443 Hijrah Bersamaan 2021 Masihi secara maya di Istana Abdulaziz, Kuantan hari ini.

“Tapi sebaliknya inilah masanya kita harus bersatu padu, tanpa mengira anutan agama, warna kulit apatah lagi fahaman politik. Kita harus menang peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ini,” titah baginda.

Baginda turut menitahkan semua pihak untuk cakna kepada rakyat yang memerlukan bantuan semasa pandemik ini.

“Saya menyeru semua pihak termasuk kerajaan saya, agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat, pihak NGO dan swasta, penghulu dan ketua kampung serta jawatankuasa masjid dan surau, agar sentiasa cakna kepada rakyat yang memerlukan bantuan semasa pandemik ini.

“Saya tidak mahu ada rakyat saya yang berada dalam kelaparan, kerana tidak mempunyai makanan, serta keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

“Satu bakul makanan yang berharga lebih kurang RM100 mungkin kecil pada kita, tapi pada mereka yang susah, amatlah besar nilainya,” titah baginda.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Exco Kerajaan Pahang mengaminkan doa pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1443 Hijrah Bersamaan 2021 Masihi di Kolej Universiti Yayasan Pahang, Kuantan, hari ini.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1443 Hijrah Bersamaan 2021 Masihi secara maya di Istana Abdulaziz, di sini hari ini.

Turut berangkat, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; dan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Yang Di-Pertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhammad; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; dan bariasan exco Kerajaan Negeri di Dewan Auditorium Kampus Utama Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP), di sini.

Baginda juga bertitah supaya orang ramai prihatin dengan keadaan kejiranan masing-masing dengan membantu mereka yang memerlukan dalam keadaan pandemik ini.

“Semangat kejiranan yang tinggi juga amatlah dituntut ketika ini, apabila anak-anak yang jauh tidak dapat balik ke kampung, saudara-mara pula tidak dapat berziarah.

“Pepatah ‘jangan jaga tepi kain orang’ mungkin tidak lagi relevan,” titah baginda.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Exco Kerajaan Pahang mendengar titah perasmian Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1443 Hijrah Bersamaan 2021 Masihi yang disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kolej Universiti Yayasan Pahang, Kuantan, hari ini.

Bagindah bertitah supaya semua pihak sentiasa prihatin dan memberi bantuan bersesuaian kepada mereka yang memerlukan.

“Saya menasihatkan agar kita semua sentiasa prihatin kepada kejiranan masing-masing dan berikanlah bantuan yang bersesuaian kepada mereka yang memerlukan.

“Firman Allah dalam Surau Al-Maidah ayat dua: ‘dan tolong-menolonglah kamu dalam membuat kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan,” titah baginda.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download