Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas berkenan bercemar duli merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2021.

DEWAN PARLIMEN, DUN DITITAH PERLUAS PENGLIBATAN BERSAMA BELIA

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 09 OGOS 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri perlu memperluaskan penglibatan bersama golongan belia secara berterusan.

KDYMM Pemangku Raja Pahang bertitah, ini bagi memastikan golongan belia lebih memahami konsep Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

“Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai badan legislatif yang terulung di negara dan negeri, perlulah berusaha untuk memberi pandangan dan rujukan kepada generasi muda sebagai persediaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Majis Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2021.

“Walaupun pelaksanaan persidangan belia di peringkat Parlimen dan Negeri telah diadakan, namun, usaha berterusan atau engagement dengan generasi belia perlu diteruskan dan diperluaskan.

“Supaya konsep Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen perlu difahami dan dihayati oleh generasi muda yang bakal mewarisi negara suatu hari nanti,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2021 yang dijalankan secara maya di Wisma Sri Pahang hari ini.

Persidangan ini turut dihadiri YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB. Datuk Azhar Azizan Harun; dan Yang Di-Pertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhammad. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download