Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang fasa 3 kepada Pengerusi JKKK Dewan Negeri Bebar di Stadium Ketapang di Pekan.

3,190 PENDUDUK TERKESAN COVID-19 DI BEBAR TERIMA BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 9 OGOS 2021: Kerajaan Pahang pimpinan YAB Menteri Besar. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail terus membuktikan bahawa ia adalah sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat dan sentiasa memahami kesusahan dihadapi rakyat negeri ini.

Ini dapat dibuktikan dengan pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff turut turun padang bagi menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada Pengerusi JKKK dan Ketua-ketua Cawangan DN Bebar di Stadium Ketapang di sini.

Kesemua bantuan ini akan diagihkan segera secara bersasar kepada 3.190 penduduk di sekitar Dewan Negeri Bebar yang terkesan ketika ini akibat pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, sumbangan ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri pimpinan Dato’ Sri Haji Wan Rosdy yang sentiasa mengambil berat serta bertanggungjawab bagi meringankan kesusahan rakyat, khususnya dalam menghadapi tempoh sukar ketika ini.

“Semoga segala usaha ini terus dipermudahkan Allah SWT dan penularan wabak COVID-19 akan dapat diatasi segera. Sama-sama kita doakan. Terima Kasih YAB Menteri Besar Pahang diatas segala usaha membela nasib rakyat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download