Oleh: Mahathir Ali
PEKAN, 7 OGOS 2021: Surau Kampung Badong Dalam di sini dan empat buah rumah penduduk yang rosak akibat dilanda ribut baru-baru ini di Merchong menerima sumbangan Kerajaan Pahang, semalam.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Negeri Bebar.
YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, permohonan sumbangan ini diluluskan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bagi bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Katanya, selain itu turut menyampaikan sumbangan kanopi, meja dan kerusi plastik peruntukkan Dewan Negeri Bebar untuk kegunaan Masjid Kota Perdana.
“Begitu juga dua buah kanopi lagi turut disumbang kepada JKKK Bandar Dua, Paloh Hinai dan JPKK Orang Asli, Kampung Serun untuk kegunaan penduduk di kampung tersebut.
“Sebelum itu saya juga menyampaikan sumbangan khas Aidiladha kepada Pengerusi JKKK bagi Daerah Pekan secara pandu lalu di perkarangan Stadium Ketapang,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited membantu dan membela nasib rakyat dengan sebaik mungkin dan begitu juga YB Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak yang sentiasa menghulurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan ketika ini. – PAHANGMEDIA