YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Dong, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab Moin untuk diserahkan kepada penerima.

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM7,000 KEPADA SURAU, MASJID DI DONG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

RAUB, 06 OGOS 2021 : Kerajaan Pahang memberikan sumbangan sebanyak RM7,000 kepada sebuah surau dan masjid di Dewan Negeri (DN) Dong.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan tersebut kepada Masjid Abu Bakar As-Siddiq Mukim Dong dan Surau Al-Ehsan Taman Gali Tengah Raub.

Sebanyak RM98,000 disumbangkan oleh Kerajaan Pahang kepada 35 penerima melibatkan persatuan, pesakit kronik, dan perubatan di DN Dong.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Dong, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab Moin diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub.

Beliau dalam lawatan tersebut turut melahirkan rasa berpuas hati dengan kelancaran proses pemberian vaksin di UiTM Raub.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan lebih daripada tahap yang kita jangkakanlah yang telah mendaftar, dan yang telah mendapat vaksin,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Dong, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab Moin; Pegawai Daerah Raub, YH. Dato’ Mohammad Shahid Ismail; ADN Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long; dan Ketua Polis Daerah Raub, Supt. Kama Azural Mohamed. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download