TAMAN NEGARA DISENARAI GELEMBUNG PELANCONGAN PAHANG

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 4 OGOS 2021 : Taman Negara kini disenaraikan sebagai gelembung pelancongan seterusnya menjejaki Bukit Fraser dan Pulau Tioman.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin berkata, tinjauan persiapan Taman Negara telah dilakukan.

“Tinjauan penting terutamanya kita nak pastikan semua penduduk di Taman Negara telah lengkap divaksin.

“Keduanya kita mahu semua yang terlibat memahami Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sebelum sektor pelancongan dibuka tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata semua SOP membabitkan pembukaan sektor pelancongan di tiga lokasi berkenaan akan digunakan sebagai rujukan bagi pembukaan sektor pelancongan di lokasi lain.

“Pembukaan semula sektor pelancongan melalui gelembung pelancongan seperti disarankan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) bagi memastikan semua pemain industri pelancongan dapat terus beroperasi.

“Kita melihat perkara ini sangat penting bagi memastikan kelangsungan pemain industri pelancongan yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda negara,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download