PELBAGAI INISIATIF BANTUAN DIBERIKAN BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN PAHANG

Oleh: Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 3 OGOS 2021 : Pelbagai inisiatif bantuan diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Pahang yang terkesan dengan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan untuk membantu rakyat Pahang yang terjejas ialah bantuan tunai kepada peniaga, penjaja, pemandu teksi yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta.

“Selain itu bantuan tunai buat pemain industri pelancongan, usahawan e-hailing, veteran tentera, bekas polis, anggota sukarelawan, askar wataniah dan nelayan yang berjumlah RM1.58 juta yang menerima bantuan tunai RM150 dan barangan makanan bernilai RM50 diberikan kepada 23,000 penerima dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM4.7 juta.

“Bantuan sebanyak RM200 turut diberikan kepada 3,000 orang pelajar yang terkandas yang melibatkan peruntukan sebanyak RM612,000,” katanya ketika berucap merasmikan Webinar: Talian Hayat OKU Semasa Pendemik COVID-19 anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Mengenai pendaftaran OKU sehingga 30 Jun lalu mencatatkan pendaftaran seramai 34,138 orang sudah mendaftar dengan melibatkan pelbagai kategori OKU seperti OKU Pembelajaran, OKU Fizikal dan lain lain.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pengajur atas kesungguhan mengadakan program sebegini dan diharapkan program sebegini dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada golongan OKU di masa hadapan.

Ini membuktikan Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang prihatin terhadap rakyat Pahang yang terkesan dengan wabak COVID-19. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download