Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima semalam.

ORANG ASLI, PENIAGA ‘COD’, PESAKIT KRONIK DI BEBAR TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN PAHANG

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN 3 OGOS 2021: Seramai 148 penduduk Orang Asli di Kampung Permatang Siput di Pekan menerima sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BBP) bagi meringankan beban mereka yang turut terkesan ketika ini akibat wabak COVID-19.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima semalam.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang upaya atau mempunyai anak yang sakit supaya rawatan perubatan dapat disegerakan demi meringankan beban mereka.

Sementara itu YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, sumbangan ini membuktikan Kerajaan Pahang pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di bawah Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli yang dianggarkan kira-kira 89,000 di negeri ini.

Sebaliknya mereka sentiasa mendapat pembelaan sewajarnya termasuk dalam aspek penyediaan prasarana asas seperti kemasukan bekalan air, jalan baharu dan elektrik.

Begitu juga berkenaan telekomunikasi dan internet dimana Kerajaan Pahang bersama SKMM melalui pelan Jendela 2020-2022 akan memastikan kemudahan ini dinikmati masyarakat Orang Asli dengan lebih berkesan di seluruh negeri ini dimana kerja-kerja membina baharu dan menaiktaraf menara telekomunikasi di perkampungan Orang Asli sedang giat dilaksanakan secara berperingkat malah banyak juga yang telah siap sepenuhnya,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang.

Dalam pada itu beliau turut menyerahkan sumbangan Kerajaan Pahang iaitu Hamper Makanan dan Pas Khidmat Penghantaran kepada peniaga-peniaga ‘COD’ di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Negeri Bebar di Pekan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download