Seekor gajah berusia kira-kira sepuluh tahun ditemui di kawasan kebun oleh penduduk Kampung Karak Setia, Selasa lalu.

GAJAH BERUSIA 10 TAHUN SESAT DI BENTONG

Oleh: Fairus Mohd

BENTONG, 30 JULAI 2021 : Seekor gajah berusia kira-kira sepuluh tahun ditemui di kawasan kebun oleh penduduk Kampung Karak Setia, Selasa lalu.

Pegawai Daerah Bentong, YH. Dato’ Mohd Zulkifli Hashim berkata, gajah jantan berkenaan disyaki sesat dari Hutan Simpan Kemasul.

“Ia memasuki kawasan Kampung Karak Setia dan Kampung Teroh di bawah Mukim Sabai, berhampiran bandar Karak.

“Pihak pengurusan kampung berjaya mengepung gajah berkenaan dan mengambil tindakan merantai gajah pada hari keesokannya (Rabu) dengan seliaan Jabatan Perhilitan,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Pegawai Daerah Bentong, YH. Dato’ Mohd Zulkifli Hashim ketika meninjau seekor gajah berusia kira-kira sepuluh tahun ditemui di kawasan kebun oleh penduduk Kampung Karak Setia, Selasa lalu.

Beliau berkata, kerja-kerja menyediakan laluan bagi lori dari Unit Pengurusan Gajah, Jabatan Perhilitan Pahang untuk mengambil gajah seberat satu tan itu dilakukan sejak Rabu lalu.

“Gajah berkenaan berjaya dibawa keluar pagi tadi untuk dipindahkan ke kawasan hutan Tasik Kenyir.

“Tiada sebarang kecederaan melibatkan penduduk dan tiada kerosakan kekal di kampung terlibat kecuali kebun tanaman kontan yang diceroboh oleh gajah berkenaan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download