Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan kepada usahawan kecil yang menerima sumbangan Kerajaan Pahang.

TIGA USAHAWAN KECIL TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN PAHANG

KUANTAN, 29 JULAI 2021: Kerajaan Pahang tidak pernah meminggirkan usahawan kecil dan sederhana di negeri ini dengan menyalurkan pelbagai bantuan bagi membolehkan mereka mengharungi pandemik COVID-19 ini.

Ini termasuk menyalurkan bantuan kepada tiga usahawan kecil dari Lipat Kajang, Temerloh yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad hari ini.

Menurut YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim, sumbangan disampaikan kepada pembekal kuih-muih, Ratnadewi Mohamed Taib; penjual pisang dan ubi kayu, Shahrul Anuar Bad Azi dan penternak itik, Zuraina Mohd Reja.

“Setiap usahawan kecil ini menerima RM1,000 dan diharap dengan sedikit sumbangan mampu meringankan beban penerima,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini hampir 50 orang usahawan telah menerima bantuan khas ini.

Peruntukan ini jelas menunjukkan keperihatinan Kerajaan Pahang di bawah pimpinan YAB Menteri Besar dan diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download