YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyerahkan Peruntukan Khas dan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2021 untuk diserahkan kepada beberapa golongan sasaran yang baru.

YAB MENTERI BESAR SERAH PERUNTUKAN KHAS DAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Oleh : Shazli Sufi Che Unik
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 28 JULAI 2021: YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyerahkan sumbangan bernilai lebih RM300,000 di bawah Peruntukan Khas dan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2021 untuk diserahkan kepada beberapa golongan sasaran yang baru.

Replika cek tersebut diserahkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH Dato Dr. Haji Zulkifli Haji Ali di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Penyampaian replika cek tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad

Menurut YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim, Peruntukan Khas tersebut melibatkan Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 berjumlah RM155,000 yang melibatkan penerima seramai 214 orang dengan masing-masing menerima RM100 bagi setiap keputusan A di dalam SPM baru baru ini.

“Selain itu saguhati lepasan Sijil Tinggi Agama Pelajaran Malaysia (STAM) bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar Mesir berjumlah RM62,000 yang melibatkan 31 orang penerima dengan setiap seorang menerima RM2,000.

“Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada pengusaha kantin, pekerja kantin dan dewan makan bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) berjumlah RM26,300 melibatkan seramai 263 orang penerima yang bakal menerima RM100 setiap seorang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, selain itu bantuan khas kewangan turut diberikan kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Penyelaras Pembangunan Insan Masyarakat Orang Asli (PePIMA) berjumlah RM63,500, yang melibatkan 127 orang penerima dengan setiap seorang bakal menerima RM500 setiap seorang.

“Peruntukan Khas dan Bantuan Prihatin Pahang ini jelas menunjukkan keperihatinan Kerajaan Pahang di bawah pimpinan YAB Menteri Besar dan diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima dan memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download