Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Rahim Muda ketika meninjau keadaan rumah yang dibadai ribut di FELDA Panching Utara, Kuantan.

23 BUAH RUMAH DIBADAI RIBUT DAPAT BANTUAN

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 28 JULAI 2021 : Sebanyak 23 buah rumah di FELDA Panching Utara di sini yang rosak akibat dibadai ribut dalam kejadian kira-kira 6.30 petang kelmarin dibantu oleh Kerajaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, kejadian berkenaan melibatkan lebih 80 orang penduduk namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Bantuan awal kewangan telah diberikan bagi membantu kerja baikpulih sementara di samping bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berupa keperluan asas seperti tikar, selimut dan kain.

“Bantuan dari Kerajaan Negeri akan diberikan berdasarkan penilaian korosakan yang akan dibuat oleh Pejabat Tanah Kuantan dalam waktu terdekat,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Beliau berkata, kejadian berkenaan turut melibatkan kerosakan teruk di mana 80 peratus atap rumahnya telah diterbangkan ribut, namun kesemua mangsa tidak dipindahkan dan masih boleh tinggal di rumah masing- masing-masing.

Kelmarin, beliau sempat turun padang melihat rumah mangsa ribut bersama Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah; Penyelaras Dewan Negeri Panching, YH Dato’ Mohd Zaili Besar dan Penghulu Mukim Kuala Kuantan 2, Encik Roslan Amat. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download