Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika mengikuti sendiri PdPR secara langsung bersama guru dan pelajar.

PDPR KAFA DI PAHANG BERJALAN LANCAR

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 27 JULAI 2021 : Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini berjalan dengan baik dan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ucapan tahniah seharusnya diberikan kepada Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan semua yang terlibat.

“Petang semalam saya dapat mengikuti sendiri PdPR secara langsung bersama guru dan pelajar dan mendapat dari sudut pengisian dan tenaga, ia tidak lagi menjadi alasan.

“Kelas KAFA ini melibatkan seramai 88,892 orang pelajar dan 2628 orang guru daripada 589 buah sekolah. Seramai 39 orang penyelia, 551 orang guru lantikan sekolah serta 15,827 calon UPKK 2020/21 tahun lima juga terlibat,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang, di sini.

Sementara itu beliau berkata, pecahan PdPR mengikut daerah pula ialah Cameron Highlands (145) Kuala Lipis (1772) , Raub (583) , Jerantut (3231) , Bentong (1631) , Temerloh (2299), Bera (1584) , Jengka (1262) , Maran (266) , Muazzam Shah (1105), Rompin (481), Kuantan (4919) dan Pekan (2339).

“PdPR mengikut tahun pengajian pula ialah tahun satu (3860), tahun dua (3647), tahun tiga (3921), tahun empat (4037), tahun lima (3860), tahun enam (1402) dan kelas campur (1751).

“Pecahan mengikut subjek pula ialah Tilawah (5517) , Sirah (2806), Aqidah (2683) , Ibadah (2966), Adab (2700), Jawi & Khat (2860) dan Lughatul Quran (2813).

Menurutnya lagi, sesi pembelajaran tersebut menggunakan aplikasi You Tube, Word Wall, Google Classroom, Telegram, Quizziz, Kahoot dan Whatsapp.

Dalam pada itu, beliau mengakui kelemahan kemudahan talian internet di beberapa kawasan yang memerlukan perhatian pihak berkenaan.

“Saya berharap agar pihak terlibat seperti SKMM memberi perhatian sewajarnya kerana masih ada anak-anak pelajar yang sukar mengikuti PdPR serta kesulitan guru-guru kami untuk mengakses maklumat pembelajaran,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download