KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat jelata di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan pagi tadi.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILADHA BERSAMA RAKYAT JELATA

Oleh: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 20 JULAI 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negeri Masjid Sultan Ahmad 1 di sini pagi tadi.

Keberangkatan baginda diiringi YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat jelata di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan pagi tadi.

Turut sama Ahli Majlis Kerajaan Pahang dan rakyat jelata dengan tidak melebihi 50 orang dalam pematuhan SOP yang ketat seperti dibenarkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Solat Sunat Aidiladha diimamkan oleh Imam Satu Masjid Negeri, Al Fadhil Ustaz Afif Aisar Ahmad manakala khutbah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Al Fadhil Dato’ Ustaz Badlishah Alaudin.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan ibadah korban selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan pagi tadi.

Baginda kemudiannya berkenan melihat Ibadah Korban di perkarangan masjid diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Kerajaan Pahang, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zari Al-Hafiz.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download