Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 19 JULAI 2021 : Sebanyak 26 kes positif COVID-19 memerlukan bantuan mesin pernafasan daripada 35 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri ini.
Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata kesemua mereka dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

“Sejumlah 2,290 kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan buah hospital di negeri Pahang dan tujuh buah Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) iaitu PKRC UMP, PKRC iKPKT, PKRC ILKKM, Hotel Seri Malaysia, KUIPSAS, Hospital Jengka dan PKRC SUKPA. Manakala 619 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan CAC.
“Berdasarkan jumlah ini, terdapat 35 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 23 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) dan 12 kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 26 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan jumlah kes baharu yang didaftarkan pada hari ini, sebanyak 415 kes merupakan warganegara Malaysia manakala 60 kes merupakan warganegara asing.
“Sebanyak 463 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan, 12 kes import (5 dari Kuala Lumpur, 4 dari Terengganu, 2 dari Selangor, 1 dari Kelantan). Terdapat 186 kes diperoleh daripada saringan kluster, 248 saringan kontak rapat, 37 saringan bergejala, satu (1) saringan bersasar, satu (1) saringan pra pekerjaan, satu (1) saringan pra prosedur dan satu (1) saringan pengembara,” katanya
Menurut beliau lagi, rerdapat 20 kluster aktif mencatatkan pertambahan kes disahkan positif COVID-19 hari ini dengan jumlah keseluruhan 186 kes.
“…iaitu Kluster Industri Jerantut Feri (pertambahan 8 kes dengan jumlah keseluruhan 60 kes), Kluster Jalan Bypass Gebeng (pertambahan 11 kes dengan jumlah keseluruhan 227 kes ),Kluster Jalan Gebeng 2/3 (pertambahan 8 kes dengan jumlah keseluruhan 19 kes), Kluster Jalan Mahkota (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 28 kes), Kluster Jalan Tanah Putih (pertambahan 7 kes dengan jumlah keseluruhan 108 kes).
“Kluster Pasar Kemunting (pertambahan 17 kes dengan jumlah keseluruhan 1217 kes), Kluster Pos Iskandar (pertambahan 54 kes dengan jumlah keseluruhan 90 kes),Kluster Rantau Kenanga (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 530 kes), Kluster Sungai Jelai (pertambahan 7 kes dengan jumlah keseluruhan 100 kes), Kluster Indera Mahkota 16 (pertambahan 6 kes dengan jumlah keseluruhan 339 kes), Kluster Industri Bentong Sebelas (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 22 kes).
“Kluster Industri Bentong Sebelas 2 (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 25 kes), Kluster Jalan Chengal (pertambahan 21 kes dengan jumlah keseluruhan ), Kluster Jalan Jaya (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 63 kes), Kluster Jalan Songsang (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 28 kes),Kluster Kampung Kerpal (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 17 kes), Kluster Lorong Baiduri Satu (pertambahan 9 kes dengan jumlah keseluruhan 36 kes), Kluster Lorong Empat Jerantut (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 112 kes), Kluster Rantau Kesidang (pertambahan 8 kes dengan jumlah keseluruhan 42 kes) dan Kluster Rantau Melor (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 8 kes),” katanya.
Beliau berkata sebanyak sepuluh daerah berada dalam zon merah dengan satu daerah berada di zon oren hari ini
“Sepuluh daerah berada di zon merah iaitu daerah Bentong, Bera, Jerantut, Kuantan, Maran, Pekan, Cameron Highlands, Raub, Lipis dan Temerloh. Manakala daerah Rompin berada di zon oren. Tiada daerah berada dalam zon kuning dan hijau,” katanya. -PAHANGMEDIA