KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG TITAH TANGGUH SEBARANG ACARA, SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN TUANKU

KUANTAN, 19 JULAI 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al–Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’In Billah menitahkan sebarang acara dan sambutan Hari Keputeraan Tuanku pada 30 Julai ini ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak menerusi kenyataan media berkata, hanya Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sahaja yang boleh dianjurkan secara virtual atau maya, selaras dengan suasana pandemik COVID-19 di Malaysia dan Negeri Pahang.

Beliau berkata, Baginda turut bertitah agar tiada persembahan ucapan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku diterbitkan di media-media cetak dan papan iklan.

Bagaimanapun menurut beliau, persembahan ucapan tersebut boleh dibuat secara atas talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak melibatkan sebarang kos.

“Baginda turut bertitah agar peruntukan bagi penerbitan persembahan ucapan tersebut sebaiknya disalurkan kepada tabung-tabung yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik wabak COVID-19,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download