YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada penduduk di kawasan Dewan Negeri Jelai secara pandu laludi Dataran Pekan Sehari Bukit Betong, Lipis hari ini.

65 PERATUS RAKYAT PAHANG TELAH MENDAFTAR TERIMA SUNTIKAN VAKSINASI COVID-19

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS , 09 JULAI 2021 : Kira-kira 65 peratus rakyat di negeri ini telah berdaftar untuk menerima suntikan vaksinasi COVID-19 setakat ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata jumlah ini termasuklah masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Beliau turut melahirkan rasa syukur dengan kedudukan negeri ini pada kedudukan kesebelas daripada 16 senarai negeri dan wilayah persekutuan dari segi pendaftaran penerimaan vaksinasi.

“Alhamdulillah, Pahang menduduki tempat keenam dari bawah sekarang dalam kedudukan pendaftaran vaksinasi. Dulu kita (Pahang) berada pada tangga ketiga dari bawah.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Bawah sekali Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, dan Kedah. Kita dah mendaftar kira-kira 65 peratus penduduk di Pahang termasuklah Orang Asli buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada serahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada 29 penerima serta penyampaian cek sumbangan Kerajaan Pahang kepada sembilan penerima secara pandu lalu di Dataran Pekan Sehari Bukit Betong, di sini, hari ini.

Turut hadir YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Ahli Parlimen Cameron Highland, YB Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor; dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, YH Dato’ Ishak Nafis.

Beliau turut memuji kesungguhan ahli Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) dalam membantu proses pendaftaran bagi kawasan kampung dan pedalaman.

“Jadi saya ucap terima kasih kepada MTSP yang pergi ke rumah, ketuk pintu, ambil maklumat, dan kita tolong isi dan tolong daftar (penerimaan vaksinasi COVID-19).

“Kalau tak kita ketiga dari bawah selepas Sabah dan Kelantan dahulu. Tapi sebab kita kerja kuat kita dapat menduduki kedudukan sekarang,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download