YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan cek Bantuan Prihatin Pahang kepada salah seorang penduduk di kawasan Dewan Negeri Jelai di Dataran Pekan Sehari Bukit Betong, Lipis hari ini.

BANTUAN PRIHATIN PAHANG BUKTI KEPERIHATINAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT – PENERIMA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS, 09 JULAI 2021 : Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bukti keperihatinan Kerajaan Pahang dan YAB Menteri Besar Pahang kepada rakyat di negeri ini.

Ini dapat disimpulkan setelah rata-rata penerima BPP menyifatkan bantuan yang diterima hari ini dapat meringankan beban orang ramai dalam waktu pandemik COVID-19 ini.

Salah seorang penerima BPP, Encik Mohd Rusdi dari Kampung Bukit Kota berkata dia amat berterima kasih dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pahang kepada rakyat di negeri ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada penduduk di kawasan Dewan Negeri Jelai di Dataran Pekan Sehari Bukit Betong, Lipis hari ini.

“Saya berterima kasih kepada Menteri Besar kita kerana menyampaikan sumbangan (Bantuan Prihatin Pahang) ini hari ini. Ringan sikit beban musim-musim COVID ini,”

“Dan ini bukanlah bantuan pertama yang saya dapat. Tambahan pula, Menteri Besar kerap pulang ke kawasan, dan jika ada apa-apa memang saya akan pergi berjumpa beliau,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima BPP, Puan Masilah Abu Bakar dari Kampung Bukit Betong berkata bantuan ini dapat membantu mereka yang terkesan terutamanya yang tidak dapat bekerja semasa pandemik ini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MB dan Kerajaan Negeri Pahang sebab prihatin kepada rakyat dalam keadaan COVID-19 sekarang ini. Orang pun ramai yang tak boleh keluar bekerja, jadi dengan adanya sumbangan-sumbangan ini dapatlah meringankan bebanan kami,” katanya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Bukit Betong, Encik Badra Isa Abdul Hamid mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dengan pemberian bantuan ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana telah memberi sedikit sumbangan kepada penduduk-penduduk di sekitar Dewan Negeri Jelai ini yang mana ia boleh meringankan beban kehidupan penduduk,” katanya.

Seramai 29 penerima BPP menerima sumbangan berupa bekalan makanan kering daripada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada serahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) serta penyampaian cek sumbangan Kerajaan Pahang kepada sembilan penerima di Dataran Pekan Sehari Bukit Betong, di sini, hari ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada penduduk di kawasan Dewan Negeri Jelai di Dataran Pekan Sehari Bukit Betong, Lipis hari ini.

Turut hadir YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Ahli Parlimen Cameron Highland, YB Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor; dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, YH Dato’ Ishak Nafis.

Selain itu, seorang lagi penerima cek sumbangan Kerajaan Pahang, Encik Raja Hashim Raja Abdullah dari Kampung Kuala Medang berterima kasih dengan sumbangan Kerajaan Pahang bagi membaik pulih kedainya yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

“Saya memohon sebanyak RM6,000 untuk membaik pulih kedai saya yang dilanda banjir dah dua kali, di mana dinding belakang (kedai) habis roboh semua.

“Jadi saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri kerana memberi wang sebagaimana yang diperlukan,” katanya yang berniaga makanan pagi sejak 20 tahun lepas. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download