Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad (dua kiri) menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM10,000 dan sumbangan jana foodbank kepada Masjid Kampung Gajah Mati yang diwakili Pengerusi Masjid itu, Tuan Haji Jamaluddin Abd Ghani di Kerdau, Temerloh hari ini.

KERAJAAN PAHANG UMUM PENGOPERASIAN SEMULA MAHKAMAH SYARIAH

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Ahmad Sobri Abd Kadir

TEMERLOH, 9 JULAI 2021 : Kerajaan Pahang mengumumkan pengoperasian semula Mahkamah Syariah di seluruh negeri ini bermula 16 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pengoperasian semula mahkamah syariah ini akan dilaksanakan dengan kawalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad (dua kiri) menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM10,000 dan sumbangan jana foodbank kepada Masjid Kampung Gajah Mati yang diwakili Pengerusi Masjid itu, Tuan Haji Jamaluddin Abd Ghani di Kerdau, Temerloh hari ini.

“Kerajaan negeri telah meminta agensinya iaitu mahkamah syariah memikirkan bagaimana perkara ini jangan terbiar begitu sahaja.

“Sebab itulah mahkamah syariah membuat satu kertas cadangan kepada task force untuk membolehkan mahkamah syariah ini dijalankan dan dalam waktu yang sama kita ketatkan SOP supaya tidak berlaku penularan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat pengumuman selepas Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM10,000 dan Sumbangan Jana Foodbank kepada Masjid Kampung Gajah Mati, Kerdau di Temerloh, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Tuan Haji Zakaria Haji Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP, Tuan Haji Mohd Fadzli Mat Saman dan Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Temerloh, Tuan Abdul Aziz Abd Karim.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau berkata, antara kes yang akan dibuka pengoperasian ialah kes-kes tertunggak yang sedia ada di mahkamah syariah termasuklah faraid, mal dan jenayah syariah.

“Jumlah keseluruhan peratusan kes selesai bagi 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 adalah sebanyak 81.3 peratus bagi kes mal, faraid dengan 96.2 peratus dan 60.6 peratus pula bagi jenayah syariah,” katanya.

Jumlah peratusan ini semakin berkurang apabila terdapat banyak kes yang tertunggak pada tahun 2021 bermula Januari hingga Jun dengan hanya sebanyak 59.7 peratus kes mal yang diselesaikan, 83.2 peratus bagi kes faraid dan 40.1 peratus bagi jenayah syariah. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download