YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika meninjau kerja-kerja penglestarian Tasik Chini pada 25 Jun 2021.

TITAH KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG: KERAJAAN PAHANG AKAN BERTINDAK SEGERA MEREALISASIKAN INISIATIF SEMPADAN HIJAU NEGERI PAHANG DAN KAWASAN RIZAB BIOSFERA TASIK CHINI

KUANTAN, 8 JULAI 2021: Kerajaan Pahang menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai Inisiatif Sempadan Hijau Negeri Pahang dan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata,titah Baginda amat wajar dan tepat sekali yang membuktikan keprihatinan Baginda, demi memastikan alam sekitar negeri Pahang termasuk di kawasan-kawasan yang bersempadan dengan negeri-negeri jiran, terus terpelihara.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang akan bertindak segera bagi merealisasikannya termasuk membuat segala urusan diperlukan ke arah mewartakan sebahagian besar kawasan sempadan negeri sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Manakala kawasan yang meliputi tanah milik dibangunkan secara lestari selaras dengan konsep Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG; Environmental, Social & Governance),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, mengenai Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini, Kerajaan Pahang akan menyegerakan kerja-kerja pemuliharaannya dengan penanaman pokok-pokok bersesuaian, sepertimana yang turut dititahkan.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses menubuhkan Majlis Biodiversiti Negeri Pahang yang fungsinya antara lain bagi memastikan biodiversiti iaitu kepelbagaian hidupan biologi sentiasa terpelihara di negeri ini,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download