COVID-19 : SATU KEMATIAN BAHARU LIBATKAN KLUSTER KAMPUNG KERPAL

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 07 JULAI 2021 : Satu kematian baharu direkodkan hari ini di negeri ini berkaitan dengan Kluster Kampung Kerpal.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), YH Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 153 kes.

“Kes ke-153 merupakan seorang lelaki berumur 61 tahun dari Kuala Rompin. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Kg Kerpal,” katanya.

Beliau berkata terdapat 12 kluster aktif yang mencatatkan pertambahan kes sebanyak 139 kes direkodkan hari ini.

“…iaitu Kluster Kailan Tringkap (pertambahan 5 kes dengan jumlah keseluruhan 49 kes), Kluster Sentral Triang (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 32 kes), Kluster Jalan Jaya (pertambahan 8 kes dengan jumlah keseluruhan 45 kes), Kluster Lorong Empat Jerantut (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 103 kes).

“Kluster Industri Benus (pertambahan 19 kes dengan jumlah keseluruhan 192 kes), Kluster Rantau Kenanga (pertambahan 16 kes dengan jumlah keseluruhan 486 kes), Kluster Jalan Songsang (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 17 kes), Kluster Indera Mahkota 16 (pertambahan 5 kes dengan jumlah keseluruhan 269 kes).

“Kluster Pasar Kemunting (pertambahan 61 kes dengan jumlah keseluruhan 765 kes), Kluster Industri Bentong Sebelas Dua (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 13 kes), Kluster Industri Jerantut Feri (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 8 kes) dan Kluster Industri Bypass-Gebeng, Kuantan (pertambahan 15 kes dengan jumlah keseluruhan 152 kes),” katanya.

Sebanyak 258 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 15,235 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download