COVID-19 : SATU KLUSTER BAHARU DI ROMPIN, SEMBILAN POSITIF

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 06 JULAI 2021 : Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini di daerah Rompin dengan sembilan disahkan positif COVID-19.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata kluster yang dilaporkan tersebut adalah Kluster Kampung Kerpal.

YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah

“Kluster ini mula dilaporkan pada 6 Julai 2021 di daerah Rompin. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana letaknya premis disyaki berlakunya penularan wabak dalam kalangan ahli keluarga dan kontak-kontak yang lain.

“Kes pertama yang dikesan dalam kluster ini ialah seorang lelaki warganegara Malaysia yang dikesan pada 29 Jun 2021 melalui saringan pra-prosedur.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia yang dikesan positif PCR COVID-19 pada 3 Julai 2021 hasil saringan kontak rapat kepada kes pertama yang ditemui dalam kluster ini yang dijalankan pada 30 Jun 2021. Seramai 268 individu telah disaring dalam kluster ini dan sembilan individu didapati positif COVID-19,” katanya.

Beliau berkata ini, sebanyak 110 kes yang dilaporkan hari ini merupakan warganegara Malaysia manakala 70 kes merupakan warganegara asing.

“Sebanyak 174 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan dua (2) kes import (2 kes Kuala Lumpur) dan empat (4) kes OKT.

“Terdapat 130 kes diperolehi daripada saringan kluster, 32 saringan kontak rapat, 5 saringan bergejala, dua (2) saringan pekerjaan dan 11 saringan bersasar,” katanya.

Sebanyak 180 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 14,977 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

Share this: