Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin ketika menyampaikan sumbangan kepada bantuan tunai peruntukan khas YAB Menteri Besar Pahang kepada imam, bilal, siak rawatib, guru Kafa, guru tahfiz, madrasah dan pondok berdaftar secara 'drive thru' di Temerloh, semalam.

TAK SANGKA TERSENARAI TERIMA BPP

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH, 06 JULAI 2021 : Kumpulan tenaga pengajar di negeri ini tidak menyangka bahawa mereka turut diberi perhatian oleh Menteri Besar Pahang yang menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan bantuan tunai peruntukan khas YAB Menteri Besar Pahang kepada imam, bilal, siak rawatib, guru Kafa, guru tahfiz, madrasah dan pondok berdaftar secara ‘drive thru’ di Dewan Terbuka Dataran Sri Ketumbit, semalam.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada 1382 orang imam, bilal, siak rawatib, guru Kafa, guru tahfiz, madrasah dan pondok berdaftar di negeri ini yang menerima bantuan tunai sebanyak RM200 seorang.

Tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al Istiqamah, Encik Mohammad Faiz Mazlan, 26, berkata, bantuan berkenaan sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka.

“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang yang tidak lupa kepada semua pusat-pusat tahfiz, sekolah-sekolah agama.

Tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al Istiqamah, Encik Mohammad Faiz Mazlan

“Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban kewangan kami yang tidak dapat mengajar ketika ujian pandemik COVID-19 masih tidak berkesudahan,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini.

Bagi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al Furqan, Encik Muhammad Shukri Shuib pula, pemberian berkenaan amat bermakna kepada mereka terlibat.

“Sudah pasti saya gembira kerana tidak dilupakan oleh pihak Kerajaan Negeri malah pemberian ini hadir pada masa yang memerlukan.

Maahad Tahfiz Al Furqan, Encik Muhammad Shukri Shuib

“Memang diakui kini adalah masa sukar yang dilalui namun keprihatinan YAB Menteri Besar Pahang menguatkan semangat untuk rakyat melalui ujian yang dihadapi,” katanya.

Guru Kafa di Sekolah Kebangsaan Batu Kapur, Encik Azim Shahnudin Aswadi berkata, keprihatinan pihak Kerajaan Negeri diterima dengan penuh rasa syukur.

“Terima kasih YAB Menteri Besar Pahang kerana tidak melupakan kami tenaga pengajar agama di negeri ini.

Guru Kafa di Sekolah Kebangsaan Batu Kapur, Encik Azim Shahnudin Aswadi

“Bantuan yang dihulurkan sememangnya meringankan beban yang ditanggung sepanjang pandemik melanda sejak tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Tok Siak Masjid Bandar Kerdau, Encik Mohd Shukri Talib turut menzahirkan rasa syukur di atas pemberian berkenaan yang diterima secara ‘drive-thru’.

“Bantuan tetap dihulurkan dengan cara yang sangat bagus di mana semua penerima tidak perlu berkumpul dan hanya pandu lalu sahaja.

Tok Siak Masjid Bandar Kerdau, Encik Mohd Shukri Talib

“Sudah pasti pemberian ini amat disyukuri malah keprihatinan YAB Menteri Besar Pahang menyentuh hati kami yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab ketika COVID-19 melanda,” katanya.

Bagi guru SAR KAFA Taman Tualang Indah, Wan Aina Fatima Wan Jamalludin pula, bantuan yang dihulurkan sememangnya diperlukan oleh mereka yang tidak dapat bertugas ketika pandemik melanda.

Guru SAR KAFA Taman Tualang Indah, Wan Aina Fatima Wan Jamalludin

“Saya juga ingin berterima kasih di atas pemberian dari Kerajaan Negeri Pahang meringankan beban kami, tenaga pengajar agama yang turut merasa kesan dari segi ekonomi.

“Pemberian ini membuktikan kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada kami yang turut dipilih sebagai golongan sasar yang menerima bantuan,” katanya.

Bagi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al Quran Al Amin, Encik Syazali Md Ali pula tiada apa yang dapat dikatakan kecuali bersyukur kerana turut menerima perhatian dan bantuan.

Maahad Tahfiz Al Quran Al Amin, Encik Syazali Md Ali

“Ramai golongan yang terkesan termasuk kami, dan sudah pasti bantuan yang dihulurkan amat kami hargai.

“Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang khususnya YAB Menteri Besar Pahang yang sentiasa memikirkan nasib setiap golongan masyarakat.

Sebanyak RM276,400 mula diagihkan secara berperingkat sejak 24 Jun lalu di mana 901 orang telah selesai menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) sehingga hari ini.

Selebihnya iaitu seramai 481 orang tenaga pengajar agama di daerah Kuantan dan Jerantut akan menerima bantuan berkenaan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download