PAS PAHANG SOKONG PENUH TINDAKAN TERHADAP PENCEROBOHAN HARAM TANAH HSK DI BATU TALAM

KUANTAN, 5 JULAI 2021: PAS Pahang menyokong penuh tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama agensi Kerajaan Negeri dan pihak polis yang menjalankan operasi memusnahkan kebun haram durian yang diusahakan oleh pekebun di sekitar Daerah Raub.

Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar.

Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, tindakan yang tertumpu disekitar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam dengan anggaran keluasan 250 ekar adalah dilihat sangat wajar.

“PAS Pahang menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang meneroka mana-mana tanah di Negeri Pahang secara haram dan mengharapkan ketegasan ini berterusan dan tindakan yang sama dilakukan keatas sesiapa sahaja tanpa mengira status dan bangsa,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, PAS Pahang sangat yakin bahawa tindakan ini akan dapat membenteras aktiviti penerokaan haram tanah di Negeri Pahang terutama melibatkan kawasan HSK pada masa yang akan datang demi manfaat rakyat dan Negeri Pahang sendiri.

“Tada siapa yang dapat melebihi undang-undang dan kerana itu PAS Pahang berdiri teguh bersama YAB Menteri Besar Pahang dan pihak Jabatan Hutan dengan ketegasan menangani isu ini,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download