COVID-19 : EMPAT KES KEMATIAN BAHARU, SATU LIBATKAN KLUSTER PASAR KEMUNTING

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 05 JULAI 2021 : Terdapat empat kes kematian baharu direkodkan hari ini dengan satu kes daripadanya melibatkan Kluster Pasar Kemunting.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 148 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah.

“Kes ke-145 merupakan seorang lelaki berumur 56 tahun dari Flat Perumahan Pak Mahat, Kuantan. Kes mempunyai sejarah penyakit Diabetes Mellitus dan Hypertension.

“Kes ke-146 merupakan seorang lelaki berumur 66 tahun dari Taman Seri Inderapura, Kuantan. Kes mempunyai sejarah penyakit Diabetes Mellitus, Hypertension dan Ischaemic Heart Disease (IHD).

“Kes ke-147 merupakan seorang lelaki berumur 74 tahun dari Kampung Kerpal, Kuala Rompin. Kes mempunyai sejarah penyakit Hypertension dan Anemia for Investigation.

“Kes ke-148 merupakan seorang lelaki berumur 61 tahun dari Felda Kemasul, Bentong. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Kemunting,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 1,970 kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan hospital dan empat Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri Pahang manakala 183 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan CAC.

“Berdasarkan jumlah ini, terdapat 27 kes COVID-19 positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 18 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) dan sembilan kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 17 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya.

Menurut beliau sebanyak 258 kes merupakan warganegara Malaysia manakala 54 kes merupakan warganegara asing.

“Sebanyak 304 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan dan enam kes import (3 kes Johor, 1 kes Selangor, 2 kes Negeri Sembilan).

“Terdapat 209 kes diperolehi daripada saringan kluster, 83 saringan kontak rapat, 11 saringan bergejala, empat saringan pra pekerjaan, satu saringan pengembara, dua (2) saringan bersasar dan dua saringan OKT,” katanya.

Sebanyak 312 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 14,797 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download