Antara kenderaan yang disita dalam Operasi Bersepadu Memusnahkan Kebun Haram di Dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam.

EMPAT INDIVIDU DITAHAN DALAM OPERASI KEBUN HARAM DI RAUB

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 03 JULAI 2021 : Empat lelaki termasuk dua warga tempatan ditahan dalam operasi melibatkan kebun haram di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, di Raub hari ini.

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin.

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata kesemua lelaki tersebut di tahan dalam Operasi Bersepadu Memusnahkan Kebun Haram di Dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam.

“Pasukan rondaan telah ke kawasan operasi iaitu HS Batu Talam. Semasa menjalankan rondaan didalam HS Batu Talam lebih kurang jam 9.30 pagi pasukan telah terserempak dengan sebuah motorsikal bersama penunggang dan dua buah kenderaan pancuan empat roda bersama dua orang pemandu dan seorang penumpang yang membawa peralatan pertanian.

“Kesemua tiga kenderaan dan empat individu telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tranum untuk membuat laporan polis dan siasatan lanjut,” katanya.

Antara kenderaan yang disita dalam Operasi Bersepadu Memusnahkan Kebun Haram di Dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita tiga buah kenderaan terlibat dan peralatan yang dibawa individu terbabit ketika ditahan.

“Kenderaan yang di sita adalah sebuah motorsikal jenis Honda EX5, dua buah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, dan Mitshubishi.

“Selain itu, kita turut menyita peralatan kebun yang dibawa iaitu dua buah mesin penyembur racun dan sebuah tong minyak,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis berkaitan pencerobohan di kawasan hutan simpan kekal ini.

“Kes ini akan dibuka kertas siasatan dan pegawai penyiasat untuk kes ini telah dilantik,” katanya.

Tambah beliau lagi, operasi ini merupakan penguatkuasaan biasa yang dijalankan oleh pihaknya dengan kerjasama Seksyen Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (UPK JPNP), Pejabat Hutan Daerah Raub (PHD Raub), Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) seramai 23 orang. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download