Lima keluarga di Kampung Bukit Setongkol telahpun menerima bantuan yang disalurkan oleh JKKK kampung berkenaan pada Rabu lalu.

BANTUAN TELAH DIBERIKAN SEJAK RABU LALU – PENGERUSI JKKK BUKIT SETONGKOL

Oleh : Fairus Mohd & Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 02 JULAI 2021 : “Tiada sebarang ugutan turun bendera putih dilakukan sebagaimana yang telah ditularkan di media sosial sejak semalam,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Bukit Setongkol, Haji Kamarudin Ahad.

Menurutnya, ada pihak yang memaklumkan mengenai bendera putih dipasang di kawasan Bukit Setongkol pada Rabu lalu iaitu satu di tiang telefon dan satu lagi di kawasan depan perumahan (bukan di rumah berkenaan).

“Kita (bersama ahli JKKK) pergi tengok pada pukul 4 petang dan saya dapati dua bendera tu (betul telah dipasang)..kita pun jumpalah penduduk terlibat bertanya khabar, kita fahamlah maksud bendera putih tu perlukan bantuan ataupun untuk menzahirkan ada masalah.

Lagi bantuan telah disalurkan kepada penduduk di Kampung Bukit Setongkol yang terkesan semalam.

“Kita jumpa dalam lima keluarga terlibat dan berpesan bahawa pihak JKKK akan usahakan bantuan di mana saya telah maklumkan kepada UMNO Bahagian minta lima paket barang,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata ada memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa kerana diminta berbuat demikian jika ada bendera putih dikibarkan.

“Saya pulang ke rumah untuk sembahyang (Asar) terlebih dahulu dan datang semula ke rumah penduduk berkenaan untuk menyertai pihak polis yang turut hadir untuk ambil maklumat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Bukit Setongkol, Haji Kamarudin Ahad.

“Bantuan telah disalurkan kepada lima keluarga terlibat (Rabu lalu) dan kita kemudian terima lapan lagi keluarga yang mendaftar untuk menerima bantuan sama,” katanya.

Katanya lagi, pihak JKKK dan polis ada menasihati penduduk terlibat agar menurunkan bendera putih selepas bantuan diterima dan pihak JKKK telah maklum keadaan mereka dan akan pantau dari semasa ke semasa.

“Kami berikan nasihat (bukan ugutan) supaya menurunkan bendera putih yang dikibarkan di tiang telefon di tepi jalan utama yang agak jauh dari rumah mereka.

Keadaan bendera putih yang dipasang pada tiang telefon berhampiran kawasan rumah penduduk di Kampung Bukit Setongkol.

“Sumbangan juga bantuan telah disalurkan oleh pihak kami walaupun pengibaran bendera putih di tempat-tempat awam seperti tiang lampu, jejantas, tiang telefon memberi signal yang tidak tepat untuk kami menghantar bantuan,” katanya.

Beliau turut meminta agar tiada pihak yang tiada pihak yang salah anggap dan sengaja mengambil kesempatan di atas situasi yang berlaku demi kepentingan masing-masing. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download