Salah seorang Ketua Kampung di Bebar terima sumbangan Prihatin COVID-19 Kerajaan Pahang untuk diagihkan kepada peniaga-peniaga harian di kampungnya.

MENTERI BESAR PAHANG, AHLI PARLIMEN PEKAN BANTU 520 PENJAJA

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 12 JUN 2021: Seramai 520 penjaja kecil di Daerah Pekan menerima sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 Secara Bersasar Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, kesemua sumbangan ini dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Pahang mempunyai kewangan yang kukuh.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang,
YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariffmenyampaikan cek sumbangan Kerajaan Pahang untuk rawatan penyakit anak penduduk di Kampung Temai Hilir semalam.

“Kutipan hasil pendapatan yang meningkat memungkinkan pelbagai bantuan kepada rakyat dapat dilaksanakan sentiasa.

“Ini juga membuktikan kepimpinan Kerajaan Pahang ditunjangi UMNO sentiasa mengambil berat dan tidak pernah lupa akan nasib rakyat yang sedang dalam kesusahan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum itu beliau yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah menyempurnakan penyampaian sumbangan BPP COVID-19 Kerajaan Pahang kepada 78 penjaja harian di sekitar Dewan Negeri Bebar semalam.

Sumbangan kewangan ini disampaikan kepada Penghulu dan Ketua Kampung untuk diagihkan kepada penjaja harian di kawasan mereka dan seramai 17 pemandu teksi sekitar Pekan turut menerima sumbangan ini.

Pn. Suriami Latif 48, peniaga kecil pasar malam di Bebar bersama sebahagian bantuan yang diterima dari YAB Menteri Besar Pahang dan YB Ahli Parlimen Pekan semalam.

Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak turut menyampaikan sumbangan berupa barang makanan termasuk beras dan minyak masak botol kepada semua penjaja tersebut.

Beliau berkata, dalam majlis yang sama Kerajaan Pahang turut menyampaikan sumbangan rawatan penyakit anak dan bantuan untuk membaikpulih rumah penduduk di Kampung Temai Hilir di sini.

“Terima kasih YAB Menteri Besar Pahang dan YB Ahli Parlimen Pekan yang berterusan bela nasib rakyat. Sumbangan ini akan diteruskan dari masa ke semasa secara berperingkat.

“Semoga Allah SWT mempermudah dan memberkati segala usaha pemimpin kita dalam memajukan negeri Pahang dan membela nasib rakyat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds