Tok Batin Kampung Dusun Pak Senam, Awong Akau memasang pagar bagi menghalang menghalang pihak luar datang ke penempatan mereka bagi mengelak jangkitan wabak COVID-19.

COVID-19: BINA PAGAR LARANG ORANG LUAR MASUK KAMPUNG

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUALA LIPIS, 10 JUN 2021: Beberapa buah perkampungan Orang Asli di sini bertindak membina pagar di pintu masuk kampung bagi menghalang pihak luar datang ke penempatan mereka bagi mengelak jangkitan wabak COVID-19.

Tok Batin Kampung Dusun Pak Senam, Awong Akau berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan bagi mengawal kemasukan orang luar ke kampung itu.

Katanya, walaupun keadaan itu memberi kesukaran kepada penduduk kampung tetapi terpaksa dilakukan demi memastikan penularan COVID-19 tidak berlaku kampung tersebut.

“Kami terpaksa menutup pagar tersebut setiap hari bagi memastikan hanya penduduk kampung sahaja yang dibenarkan keluar masuk ke Kampung Dusun Pak Senam tetapi kami sedar keadaan ini juga sangat menyukarkan penduduk di kampung ini sendiri yang ingin keluar bekerja.

“Sekiranya pemberian vaksin COVID-19 ini dipercepatkan, berkemungkinan kebimbangan itu akan berkurangan,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, semalam.

Hadir sama melawat ke perkampungan Orang Asli itu ialah Ketua Unit Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Menteri Besar Pahang, YH. Dato’ Muhammad Olian Abdullah.

Awong berkata, kesemua penduduk kampung telah memahami dan bersetuju untuk menerima vaksin COVID-19 dan sedang menunggu temujanji dan berharap dapat menerima vaksin dalam masa terdekat. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download