Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, YB Dato' Sri Ismail Mohd Said menyampaikan replika cek kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, semalam.

UMNO KUALA KRAU SUMBANG RM120,000 KEPADA TABUNG PAHANG4PALESTINE

Oleh : Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 9 JUN 2021: UMNO Bahagian Kuala Krau menyalurkan sumbangan berjumlah RM120,000 kepada Tabung Kemanusian PAHANG4PALESTINE yang bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, YB Dato’ Sri Ismail Mohd Said kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, semalam.

Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak, Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohamed Haji Jaafar dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin.

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berkata, sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada ahli UMNO Bahagian Kuala Krau dan penduduk sekitar Parlimen Kuala Krau.

“Sumbangan ini jelas menunjukkan tanda solidariti dan kebersamaan terhadap kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis Israel,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah tersebut berjaya dikumpul selepas tiga minggu kutipan bagi tabung tersebut dilancarkan di Parlimen Kuala Krau.

“Diharapkan usaha murni ini akan dapat diteruskan dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download