YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

PERATUSAN PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19 DI PAHANG MENINGKAT

KUANTAN 7 JUN 2021: YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menzahirkan rasa syukur kerana berlaku peningkatan peratusan pendaftaran vaksin COVID-19 di negeri ini menerusi aplikasi MySejahtera.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, sehingga kini Pahang mencatatkan sebanyak 43.3 peratus pendaftaran vaksin berbanding 39.6 peratus pada tujuh hari lepas.

“Ini membuktikan rakyat Pahang menyahut rayuan dan saranan Kerajaan Negeri untuk mendaftarkan diri untuk menerima vaksin COVID-19.

“Terima kasih kepada rakyat Pahang atas kerjasama mengambil peluang untuk mendaftar bagi menerima suntikan vaksin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata, peratusan ini masih perlu ditingkatkan lagi daripada masa ke semasa sehingga mencapai sasaran 80 peratus rakyat Pahang mendaftar, seterusnya menerima suntikan vaksin masing-masing.

“Marilah kita bersama-sama menjayakan matlamat ini agar usaha kita dalam membendung seterusnya mengatasi ancaman penularan wabak pandemik COVID-19 berjaya,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download