KUALA LUMPUR, 22 MEI 2021: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa mengenai kes COVID-19 di daerah Kuantan, Pahang yang melibatkan tujuh mukim.
Ketujuh-tujuh mukim tersebut ialah:
• Mukim Beserah
• Mukim Kuala Kuantan 1
• Mukim Kuala Kuantan 2
• Mukim Penor
• Mukim Sungai Karang
• Mukim Ulu Kuantan
• Mukim Ulu Lepar
Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 6,548 ujian saringan dan 619 daripadanya disahkan positif COVID-19.
KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh 10 hari dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di ketujuh-tujuh lokaliti tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh mukim dalam daerah Kuantan, Pahang seperti yang dinyatakan berkuat kuasa 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.
Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes dan mengenalpasti, melaksanakan pengasingan dan saringan bagi kontak rapat.
SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my
Sumber: Majlis Keselamatan Negara