Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof.

ZIARAH AIDILFITRI: KONTRAKTOR DIKOMPAUN RM4,000

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib

PEKAN, 15 MEI 2021: Seorang kontraktor di Chini dikompaun RM4,000 selepas didapati melakukan ziarah raya atau aktiviti berkunjung sempena Aidilfitri ke rumah biarpun tindakan itu dilarang pihak berkuasa.

Lelaki berusia 43 tahun itu dikompaun semalam selepas video aktiviti kunjung mengunjung dengan beberapa orang berada dalam sebuah kediaman sedang makan serta bersembang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Bin Mohd Yusof berkata, pihaknya yang mendapat maklumat berkenaan aktiviti berkenaan telah mengesan dan menghubungi lelaki itu untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, semalam.

“Kontraktor berkenaan mengaku kesalahan dan polis telah mengambil tindakan mengeluarkan kompaun sebanyak RM4,000 atas kesalahan melanggar peraturan dibawah Peraturan 16 P.U (A) 225/2021 PDPPB (Pindaan) 2021 (Akta 342),” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk supaya sentiasa mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan serta bersama-sama membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download