YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

TIADA SIAPA MAHU WABAK COVID-19 BERADA DALAM KOMUNITI KITA – YAB MB

KUANTAN, 12 MEI 2021: “Tiada sesiapa pun yang mahukan wabak ini terus berada dalam komuniti serta kehidupan kita. Apatah lagi ketika kita, sepatutnya bergembira bersama keluarga dan sanak-saudara, merayakan hari yang mulia ini,” kata YAB Menteri Besar Pahang menerusi Perutusan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini ialah kali kedua terpaksa disambut dalam keadaan dunia termasuk negara dan negeri ini masih lagi dilanda wabak pandemik COVID-19 malah kadar penularannya masih lagi membimbangkan.

Beliau berkata, antara puncanya ialah pengabaian semakin ketara sebahagian masyarakat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Mengambil kesempatan ini, saya sarankan agar kita, terus mematuhi SOP yang ditetapkan, dengan sentiasa memakai pelitup muka, dan mengamalkan penjarakan sosial (fizikal) apabila berada dalam kalangan khalayak.

“Sepertimana saya dan Kerajaan Negeri tidak jemu-jemu membuat saranan ini, rakyat pula saya merayu, agar terus cekal dan patuh kepadanya, dan sama-sama menaruh keyakinan bahawa kita akan akhirnya berjaya,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga menyarankan kepada mereka yang belum mendaftar menerusi Program Imunisasi COVID-19 supaya dapat berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera dan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP) melalui pautan vaksin.pahang.gov.my.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download