Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan komputer riba kepada seorang penerima.

20 PELAJAR BAKAL AMBIL SPM TERIMA SUMBANGAN KOMPUTER RIBA

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 11 MEI 2021: Seramai 20 pelajar pelajar sekolah menengah dari keluarga kurang berkemampuan di sekitar Dewan Negeri (DN) Bebar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sumbangan komputer riba daripada Kerajaan Pahang, semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dalam satu majlis di sini.

Antara penerima komputer riba sumbangan Kerajaan Pahang.

YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, Kerajaan Pahang amat memahami ada di kalangan pelajar terutamanya yang kurang berkemampuan amat memerlukan sebuah komputer riba untuk sesi pembelajaran mereka.

“Justeru YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah meluluskan peruntukkan komputer riba percuma kepada 824 pelajar sekolah menengah di seluruh negeri ini termasuk 80 di Pekan. Terima kasih Menteri Besar Pahang.

“Pelajar terpilih adalah daripada keluarga kurang berkemampuan seperti yang disenaraikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Beliau berkata, kerajaan yang memerintah Negeri Pahang hari ini adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti UMNO.

“Kerajaan inilah juga yang sering memahami kepayahan ibu dan ayah kita dan memikirkan cara terbaik membantu adik-adik. Kerajaan ini juga telah membawa keluar orang-orang Melayu dari kedaifan yang dialami mereka masa dahulu sehingga mendapat pelbagai kemudahan seperti hari ini.

Antara penerima komputer riba sumbangan Kerajaan Pahang.

“Jika adik-adik sudah berjaya nanti, janganlah lupa kerajaan mana yang membantu dikala kita dalam kesusahan. Adik-adik harus bersyukur dan mendoakan kebaikan pula kepada sesiapa yang membantu kita,” katanya,

Dalam majlis itu juga beliau juga menyempurnakan penyampaian peruntukan kewangan program Misi Bantuan Prihatin Banjir dari Kementerian Kewangan Malaysia untuk DN Bebar kepada 50 penerima secara berperingkat. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download