Anggota polis melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Tanjung Lumpur di Kuantan.

PKP KUANTAN: PEKERJA PERLU LEBIH PEKA WAKTU PERGERAKAN SEMASA PKP

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 10 MEI 2021: Pihak polis menasihatkan orang ramai terutamanya mereka yang bekerja supaya lebih peka dengan waktu pergerakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ini berikutan sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan akan menyebabkan berlakunya kesesakan kepada pengguna laluan terlibat.

“Laluan ini (SJR Tanjung Lumpur) antara laluan dalam enam sekatan jalan raya yang paling sibuk kerana dia melibatkan pergerakan orang yang bekerja, pada waktu pejabat.

“Jadi kita kena peka, kita dah tahu bahawa sekatan jalan raya ini ada, kita tidak bolehlah bergerak macam hari biasa, datanglah awal. Jangan kata saya lewat ini kerana kesesakan jalan. Sekatan jalan raya ini memanglah menyebabkan kesesakan, pasal kita nak periksa, kalau tak perlu periksa, tak perlu sekatan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepasa melakukan tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) Tanjung Lumpur berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di daerah Kuantan bermula hari ini.

Menurut beliau lagi, daerah ini mengadakan enam sekatan jalan raya bagi memastikan pergerakan keluar dan masuk ke daerah ini terkawal.

“Pada malam ini, dengan kekuatan keseluruhan dalam tempoh 24 jam di enam sekatan jalan raya, kita telah mengatur gerak petugas seramai 55 anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan 45 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download