YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang diadakan secara online.

YAB MENTERI BESAR RASMI PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 22 APRIL 2021: YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang diadakan secara online.

Program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang itu bertujuan memupuk masyarakat atau rakyat Malaysia yang sukakan pengetahuan, cintakan ilmu serta membudaya membaca.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam ucapannya perasmian menyarankan kepada seluruh rakyat di Pahang membaca bersama-sama dalam menyokong dan menghayati kempen membaca ini.

“Diharapkan program ini dapat dijayakan dan dilaksanakan dengan berkesan di seluruh negara agar dapat memupuk seluruh rakyat menyukai membaca dan mencintakan serta membudayakan amalan membaca,” katanya.

Sempena program tersebut, pihak Perpustakaan Awam Pahang juga turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik khususnya untuk seluruh rakyat di negeri Pahang termasuk Bicara Karya bersama Khafiz Bahari. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download