Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama barisan Ahli Dewan Negeri (ADN) di dalam Parlimen Pekan yang menerima cek bantuan one-off untuk diagihkan kepada ibu bapa.

BANTUAN ONE-OFF RM100 MURID TAHUN SATU, BUKTI KASIH SAYANG YAB MB PAHANG

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 30 MAC 2020: Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM350,700 bantuan one-off RM100 untuk murid tahun satu bagi Parlimen Pekan dengan melibatkan seramai 3,427 murid.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, bantuan ini adalah sumbangan Kerajaan Pahang seperti yang diumumkan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Belanjawan 2021 pada November tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

“Setiap murid akan menerima bayaran one-off dalam bentuk tunai yang akan diagihkan kepada ibu bapa mereka oleh wakil rakyat di kawasan terbabit dibantu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengikut kesesuaian keadaan ketika ini. Bayaran one-off RM100 ini akan segera diagihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Penyelarasan Perlaksanaan Bantuan one-off RM100 untuk murid tahun satu bagi Parlimen Pekan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan di sini hari ini.

Beliau berkata, bantuan ini merupakan sebahagian daripada pelbagai inisiatif di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2021 dan pemberian RM100 tahun ini adalah kenaikan sebanyak RM50 iaitu tambahan sekali ganda berbanding tahun sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Perlaksanaan Bantuan one-off RM100 untuk murid tahun satu bagi Parlimen Pekan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.

“YAB Menteri Besar Pahang sememangnya kasih dan sayang murid-murid di negeri ini. Beliau memahami keadaan semasa pandemik COVID-19 dimana bantuan ini juga mampu meringankan beban ibu bapa.

“Ia antara usaha YAB Menteri Besar memberi semangat dan keceriaan kepada murid yang bakal memasuki darjah satu,” katanya.

Kerajaan Negeri membelanjakan RM2.6079 juta yang akan dimanfaatkan 26,079 murid tahun satu di semua sekolah bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, manakala 85 lagi merupakan pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di bawah Yayasan Pahang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download