Naib Yang DiPertua TERATAI, YBhg. Datin Sri Dato’ Khatijah Ibrahim yang mewakili Yang DiPertua TERATAI, YBhg. Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed menyerahkan replika cek sumbangan sebanyak RM50,000 kepada 68 penyelia Pusat Dalam Komuniti (PDK) kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, YH. Encik Zulkhari Zainol Abidin.

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM50,000 KEPADA 68 PENYELIA PDK

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

CAMERON HIGHLANDS, 30 MAC 2021: Kerajaan Pahang menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada 68 penyelia Pusat Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negeri ini.

Yang DiPertua Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang (TERATAI), YBhg. Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed berkata, setiap orang penyelia akan menerima RM750 dan pihak TERATAI juga memberikan sumbangan kepada penyelia PDK sebanyak RM14,600 bagi menyediakan cenderamata.

“Sebagai tanda kasih, sayang, kerja kuat dan sokongan kepada penyelia PDK, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan peruntukkan sebanyak RM50,000 secara one-off kepada 68 penyelia PDK seluruh negeri Pahang,” katanya pada Majlis Perasmian PDK Pahang Memperkasa OKU Tahun 2021 di Hotel Casa De La Rosa, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan oleh Naib Yang DiPertua TERATAI, YBhg. Datin Sri Dato’ Khatijah Ibrahim.

Naib Yang DiPertua TERATAI, YBhg. Datin Sri Dato’ Khatijah Ibrahim yang mewakili Yang DiPertua TERATAI, YBhg. Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed pada Majlis Perasmian PDK Pahang Memperkasa OKU Tahun 2021 di Hotel Casa De La Rosa, di Cameron Highlands semalam.

Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Muhammad; Setiausaha Kehormat TERATAI, Datin Norziana Yusoff dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, YH. Encik Zulkhari Zainol Abidin.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang juga sentiasa mengambil berat bagi membantu kebajikan golongan tidak bernasib baik sepertimana OKU di negeri ini.

“Baru-baru ini juga, Kerajaan Negeri juga mengumumkan pemberian bantuan one-off sebanyak RM250 seorang melibatkan peruntukkan kira-kira RM8.5 juta yang memanfaatkan seramai 33,973 OKU kesemuanya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, majlis ini juga adalah bagi mengiktiraf kesemua penyelia PDK yang telah mencurahkan khidmat cemerlang kepada golongan OKU.

“Saya berharap pengiktirafan serta anugerah yang disampaikan ini akan dapat menaikkan lagi semangat serta memotivasikan para penerima untuk terus memberi khidmat cemerlang kepada golongan OKU.

“Sesungguhnya saya amat menyanjung tinggi khidmat bakti yang telah dicurahkan dan saya penuh yakin bahawa hanya insan yang cekal dan berhati murni dapat terus bekerja demi golongan OKU di negeri ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download